Kerabu 'bronok', hidangan wajib jika ke Langkawi


Sekali pandang, hidupan tidak berkaki ini kelihatan tak ubah seperti lintah, timun laut atau gamat.



Bronok, spesis hidupan laut yang hidup dalam kawasan pantai berselut di Langkawi, mempunyai badan yang licin dan berwarna hitam bagi yang sudah tua, dan merah jambu bagi yang masih muda. Haiwan ini juga sensitif kepada haba, dan akan mencair kalau panas.


Bagi sesetengah orang yang tak biasa, Bronok mungkin agak menggelikan kerana sekali pandang nampak macam lintah. Erk!



Namun, bagi mereka yang berasal daripada Langkawi, Bronok merupakan hidangan wajib yang disediakan ketika kenduri kendara dan biasanya dibuat kerabu.




Rasa kerabu Bronok agak masin dan isinya pula sedikit tebal.

SHARE THIS
Latest
Next Post