Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Kerabu 'bronok', hidangan wajib jika ke Langkawi

Kerabu 'bronok', hidangan wajib jika ke Langkawi


Sekali pandang, hidupan tidak berkaki ini kelihatan tak ubah seperti lintah, timun laut atau gamat.



Bronok, spesis hidupan laut yang hidup dalam kawasan pantai berselut di Langkawi, mempunyai badan yang licin dan berwarna hitam bagi yang sudah tua, dan merah jambu bagi yang masih muda. Haiwan ini juga sensitif kepada haba, dan akan mencair kalau panas.


Bagi sesetengah orang yang tak biasa, Bronok mungkin agak menggelikan kerana sekali pandang nampak macam lintah. Erk!



Namun, bagi mereka yang berasal daripada Langkawi, Bronok merupakan hidangan wajib yang disediakan ketika kenduri kendara dan biasanya dibuat kerabu.




Rasa kerabu Bronok agak masin dan isinya pula sedikit tebal.
Minuman Lambat Sampai, 40 Lelaki Serang Restoran

Minuman Lambat Sampai, 40 Lelaki Serang Restoran



GEORGETOWN - Seorang pemilik sebuah restoran tomyat di sini berdepan dengan detik cemas apabila restorannya yang terletak di Taman Tunas Muda, Sungai Ara disini diserang oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan topi keledar dan kerusi pada awal pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 2.15 pagi itu, mangsa, seorang warga Thailand bersama isteri dan tiga pekerja cedera selepas dipukul oleh kumpulan terbabit yang terdiri dari kira-kira 40 lelaki yang menaiki motosikal.

Laporan dari Sinar Online menyebut kumpulan tersebut terus melulu ke arah mangsa-mangsa dan memukul mereka.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad, kumpulan itu juga turut merompak rumah mangsa yang berada bersebelah dengan restoran itu dan melarikan wang tunai serta barang kemas bernilai RM15,000.

Ketika kejadian, difahamkan masih ada pelanggan di restoran tersebut namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyelamat diri.

Siasatan awal mendapati mangsa yang sudah berniaga di kawasan berkenaan sejak dua tahun lalu mengenali beberapa orang ahli kumpulan berkenaan yang dipercayai penduduk di sekitar kawasan Sungai Ara.

Menurut mangsa, antara punca kejadian mungkin disebabkan dendam seorang suspek yang sebelum ini pernah datang ke kedainya namun minuman yang dipesan lambat sampai dan berlaku pertengkaran antara suspek dengan pekerjanya,” katanya.

Siti Salwati berkata sepasukan polis telah digerakkan untuk memburu suspek dan 14 lelaki telah ditahan berikutan kejadian.



Laporan Utusan Malaysia pula menyebut seorang mangsa, Mariah Rahmat, 28, yang hamil tiga bulan menyifatkan lelaki tersebut sebagai kejam dan tidak berhati perut.

Mariah ditolak penyerang dari kumpulan tersebut sehingga perutnya terkena penjuru meja.



“Saya merayu supaya mereka tidak mencederakan kami namun mereka tidak mempedulikannya malah terus memukul pekerja saya menggunakan kerusi dan topi ke­ledar.

Akibat kejadian itu juga, pekerja-pekerja saya cedera pada bahagian tangan, kepala dan badan termasuk pendarahan dalam mata,” katanya.

[18 GAMBAR] Fouziah Gous dan Zhafran Berbulan Madu Di Krabi

[18 GAMBAR] Fouziah Gous dan Zhafran Berbulan Madu Di Krabi



Krabi sememangnya satu tempat yang sangat cantik. Pantainya yang cantik, desiran ombaknya yang memukau sangat sesuai untuk pasangan pengantin baru berbulan madu. Satu pilihan yang tepat buat Fouziah Gous dan Zhafran yang memilih Krabi sebagai tempat mereka mengeratkan lagi hubungan perkahwinan yang baru dibina.

Tentu seronok Fouziah Gous dan Zhafran bermain kejar-kejar di pesisiran pantai. Tak sabar rasanya nak menonton program Romantika di Astro yang merakamkan detik-detik bulan madu mereka berdua. Pasti romantik dan mesra. Tak puas rasanya menatap gambar yang telah dikongsikan oleh Fouziah dan Zhafran di Instagram mereka.

Beriku adalah beberapa keping gambar honeymoon Fouziah Gous dan Zhafran :



















[15 GAMBAR] Ayu Raudhah dan Sekeluarga Di Kota London

[15 GAMBAR] Ayu Raudhah dan Sekeluarga Di Kota London


Selain daripada Rozita Che Wan, Ayu Raudhah sekeluarga turut sama terbang ke kota London. Kemungkinan Ayu menemani kakaknya di sana sambil menikmati keindahan musim luruh di London.
Ayu Raudhah di London.

Berikut adalah beberapa keping gambar semasa Ayu Raudhah dan sekeluarga di kota London :















[13 GAMBAR] Sekitar Majlis Pernikahan Diana Amir Dan Habib

[13 GAMBAR] Sekitar Majlis Pernikahan Diana Amir Dan Habib


Tahniah diucapkan kepada pelakon Nurdiyana Amir Hashim atau lebih dikenali sebagai Diana Amir yang telah sah menjadi isteri kepada Mohd Habib Bullah A Rahman dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, malam tadi.  Hantaran yang diterima oleh Diana ialah senaskhah Al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1000.



Majlis ini bertemakan ‘crystal garden’, mendapat tajaan pakaian pengantin dan kasut daripada Ezuwan Ismail, Saiful Sin untuk dekorasi dewan, Yakult (M) Sdn Bhd dan beberapa lagi tajaan.Keduanya masih belum menetapkan tarikh majlis resepsi, namun merancang untuk mengadakannya pada tahun ini juga, serta masih belum memilih lokasi untuk berbulan madu atas faktor kesibukan masing-masing.